Selawat dan salam kepada junjungan besar Rasulullah SAW..
dengan harapan semua dalam keadaan sihat selalu. dah lama sy tinggalkan blog ni hanging begitu berikutan pelbagai kesibukan dan kekangan masa juga dilemma yg bertahun tahun but u know masa terus berlalu spt pepatah selagi nyawa dikandung badan selagi masih ntaya disini sebelum kembali ke kg halaman.
Semenjak perpindahan ibuku pada tanggal 28/11/2017 yg lalu..aku terkesima. Aku tenggelam dlm perasaan diri sendiri. kesedaran yang aku akan turut sama mengikut mereka berpindah dari alam yang nyata ini. Dan ini lah kenyataan. Kesunyian sering menemaniku dimana juga. Pepatah mengatakan 'hidup menumpang, mati mengikut'..begitulah keadaannya..
Pelbagai rasa dan pengalaman baik suka dan duka aku lalui yg tidak pernah aku rasakan dan ku duga sebelum ini terjadi satu demi satu. Cuma aku fikirkan aku perlu perkemaskan dan persiapkan diriku kerna saatnya akan sampai juga dan itulah rahsia yg aku sendiri tidak mengetahui tentangnya.
Dalam pencarian diri sendiri..umpama lembaran buku satu persatu..aku kian mengerti..mengerti dalam sedar yg tiada apa. Pencarian telah tamat bila aku bertemu kematian ini. Dan kehidupan yg abadi membuka seluas luasnya..Syukur Alhamdulillah kepada Dia yang mengkehendaki segalanya. Aku terkesima lagi kerana dalam itu ada dalam dan dalam itu penuh dengan rahsianya. Bagaimana akan difahami kerana rasa dan kefahaman itu tanpa huruf dan kata2.
Namun bahagia bila mngetahui hakikat sebenarnya. Aku teringat pesan Armahum Tok kenali pernah berkata. " Jangan sampai terlihat adanya diri " amat besar maknanya sebagai kunci kepada erti kehidupan yg sebenar dan hakiki. Setiap insan perlu membunuh sapi betina yang menjadi berhala sekian lama pada dirimu sendiri..seperti yg dirakamkan di dalam AlQuran mengenainya. Bunuhlah nafsu keakuan dan kembali berserah diri k epada yang Haq setelah kau mengetahui Rahsia itu.
Dan perjalanan hidup ini tidaklah terhenti hanya disitu..kita memegang amanahNya dan pastinya harus kita berserah diri total kepadanya. itu la cari org2 yg beriman..dengar dan taat. kehidupan sebenar dengan berlapang dada.
Sekian gumpal kata yang dapat aku paparkan setakat ini. mybe ada masa aku menulis lagi..kerana kiamat sedang bermula..
Salam Ramadahan 5 1441H.
No comments:
Post a Comment