Syukur kpd Allah Azawajalla yg empunya kerajaan yg penuh dengan rahsianya ini. kita bertemu sekali lagi diruangan blog ini. memandangkan mata masih segar dan masih terbelenggu disini hahaha..
Sedikit sebanyak disini ingin sy berkongsi sedikit sebanyak cerita yang membawa sy ke mari..sebetulnya segalanya bermula tanpa apa apa. Sy seorg yg bodoh dan hanya melalui kehidupan seperti org lain sambil belajar dan mencari erti kehidupan sendiri tanpa tau dimana mahu dimulai. cuma saya lebih selesa membiarkan segala mengikut arah yg telah ditentukan. Ada masa kita tiada pilihan cuma mengikut arah yang aku rasakan perlu. begitulah cerita perjalanan hidup ku ini.
Sekarang aku sudah berusia 39 tahun meredah kehidupan didunia ni. Hampir rase kemuncak kehidupan tetapi sebaiknya kehidupan aku menjadi kosong kembali ke awalnya setelah aku mengerti hakikat kehidupan yg sebenar.
Selepas aku selesai pengajian aku di gombak dahulu mybe dlm tahun 2004 aku bertemu dan bercinta dengan seorg wanita. itulah saatnya aku mgenali dan benar merasakan sebuah percintaan yg sukar utk aku move on. perhubungan kami tidak kemana cuma mengambil masa bertahun2. byk yang mengajar aku dan aku belajar utk melepaskannya. melonjakkan aku ke next level. disitulah aku mengenali seorg wanita walaupon aku tahu setiap insan itu berbeda sama sekali spt perpatah rambut sama hitam hati siapa yg tahu.
Disaat itu lah aku terasa kekosongan didalam hati aku bila harapan sudah punah dan hancur. dan timbul pertanyaan didalam diri..untuk apa semua ini berlaku. even kita jujur dan ikhlas masih tidak bisa dan itulah takdir yg harus diterima saat itu, aku mula mengisi kekosongan jiwa dengan mengenali agama. Niat dihati dan dipermudahkan jalan utkku memahaminya..aku berkerja disitu lah aku mengikut majikan aku ke pondok rasah dan berguru AlQuran dengan Syeikh Faiz b Syeikh Ahmad. Armahhum adik kepada mantan mufti yg lalu Syeikh muhtaza. bertapak disinilah aku mengetahui keajaiban. Pertama kali aku bertemu dengannya ketika aku menghadiri majlis zikirnya di sebuah surau di kawasan labu. n9. Disinilah bermula aku mengenali tarikat Ahmadiah, Al Ahmadiah Idrisiyah. sesungguhnya aku tidak tahu mengenai perjalan tarikat ini before. disekolah kita cuma berlajar tentang pindidikan islam yg common. namun masa di gombak juga tidak expose perjalanan sufiyyah ini. Aku sekadar memahami kisah syariat semata mata. Dipondok rasah ini lah segalanya bermula aku didalam pencarian diri sendiri yg tidak bisa aku lupakan. aku tahu aku harus mengenal...
Aku teringat lagi aku dipertemukan dengan seorg insan yang bernama faizal dari utara. dia sering datang ke petronas dan berpuasa setiap hari. cukup simple dan zuhud sekali. hampir 1 mingu perkenalan kami lalu dia melanjutkan perjalanan ke johor. dia meninggalkan aku satu envelope yang dikarangnya sendiri. disinilah aku semakin bergelora utk mencari hakikat diri yang menjadi jawapan dan rahsia yang selama ini aku cari.
Hampir sekian lama. aku berbaiah dengan tuan guru syeikh murthaza utk menjadi Ahli tarikat namun aku seorg yg penuh bergelumang dosa yg tidak tetap pula imannya. sekejap ok sekejap xok. aku sibuk dengna pelbagai urusan dunia. mujahadah yg besar dan panjang. aku sedar dan jawapan yang ada padaku saat itu adalah SABAR.
Aku kehilangan org yang aku sayang seorg demi seorg malah teman yg rapat dengan ku yg mengetahui pencarian ku juga telah pergi. Guru2 jua telah pergi disaat sekarang. pergi berpindah ke alam seterusnya. tinggallah aku yan g masih memperjuangkan sebuah kehidupan yang masih tertinggal.
Dari satu iqtikat ke iqtikat yg seterusnya..dugaan berat dan ringan. suka pedih duka dan pilu bergaul memberikan dan membekaskan rasa. Aku akui ianya indah...setelah aku sedar dalam sedar. pembelajaran sebenarnya ialah sebuah realiti..Tiap Rahsia yang terhurai adalah jawapan utkku. Hebatnya kehidupan ini..yg diciptaan Allah diterangkan dizahirkan oleh risalahNya Muhammad Rasullullah.
+ with love
No comments:
Post a Comment