لاَ اِلَهَ اِلاّ اللهُ مُحَمَّدٌ رَسُولُ اللهِ فِي كُلِّ لَمْحَةٍ وَنَفَسٍ عَدَدَ مَا وَسِعَهُ عِلْمُ اللهِ
"Tiada Tuhan selain Allah, Nabi Muhammad adalah utusan Allah, pada setiap pandangan dan nafas, sebanyak bilangan yang diliputi oleh ilmu Allah."
Tiada lg yg dapat membantu ku selain Allah dan RasulNya dimasa ini. Tiada kawan keluarga mahupon sedara jiran or sesiapa pon lagi yg akan memahami situasinya. Berserah itulah yang tinggal untuk merentas nikmat kehidupan..Berserah dan tetaplah bersabar sesungguhnya kehidupan ini adalah satu ujian utk kembali kepadaNya seperti perjanjian kita dahulu. Disaat ini aku menahan kelaparan. Kg jauh aku tinggalkan untuk melalui perjalanan seterusnya..harus aku tinggalkan buat sementara. jika sampi saat aku kembali aku pasti sampai jua. Telah dirancangan semuanya..cuma rahsia itu membuat kita sering bertanya kenapa dan mengapa sedangkan jawapannya akan menyusul sebentar lagi..bertawakal itu perlu kerna tiap sesuatu dibawah rancanganNya. Cucikan jiwa dan bersederhana mantapkan iman dan harus cuba patuh dan taat pada perintah dan larangannya. Tatkala aku terbuai didalam dunia yang semestinya bukan tempat yang seharusnya. Kenangan silam rindu dan harapan masih menyala..biar cuba aku padam namun dia masih menyala..lalu aku serahkan pada Dia yg Lebih Berkuasa. Aku telah buang dan bunuh diriku sendiri demi kewujudan dan penzahiran Dia. Kelak aku cuma bergantung pada talinya. Tiada lain lagi kerana tiada lagi yang lain selain Dia..Yang Maha Esa. Selawatku kepadamu Ya Rasulullah SAW..Cuma Kau yang bisa dgn Syafaat darimu..
No comments:
Post a Comment