Perasaan yang best sekali ialah bilamana aku berlapang dada dan melepaskan semuanya berlalu. kosong dan berserah diri.. di dalam suasana gelap aku cuba fokus kepada cahaya dari tingkap dihujung rmh sana. Aku tahu ia berpenghuni tapi aku tidak mengenali mereka. sesekali terlihat mereka mencuci pinggan dan menjemur pakaian..dan aku sekadar memerhatikan dari tingkap sebelahku..melihat tp tidak mengenali..
Manusia semua dengan urusan masing2..sibuk menguruskan kehidupan. tatkala memikirkan kehendak dan mencukupi keperluan dan kehendak. Seperti aku datang kesini dgn sebuah beg pakaian dan color2 acrylic aku. jiwa still kosong utk melukis apa2 jua. canvas pon aku belum cari..sering juga aku memikirkan bagaimana aku harus teruskan kehidupan ni..bagaimana? Kaki ini belum baik n pulih sepenuh nya higga ke saat ini. aku tidak tau berapa lama lg masa yang aku perlukan utk pulih seperti biase. Aku ingat lagi waktu petang kejadiaan itu..
Aku igt lagi hari tu hari selasa 20/8/2018
Pagi itu aku dtg kerumah selepas mendapat pesanan wassap dari kak eda..then aku bersiap datang..disaat itu aku tinggal berseorgan dikg..kebetulan buah durian rambutan dan manggis dikg tgh meranum dan meluruh..tiap hari org datang utk membeli n merasa durian. tiap pagi aku masok kebun mengutip durian.. aku mandi n bersiap terus kerumah kerana semua gara gara aku juga.aku yg suruh dia belajar drive menual sehari sebelumnya..dan aku perlu tunaikan janji. aku lihat liyana dah bersiap makeup hahaha aku just tersenyum ketawa melihat telatah anak mat saleh itu. aku pulang kerumah utk amik kereta dalam pukul 3 ptg. Selepas siap aku mandi tukar baju aku terus drive pergi rumah kak eda utk amik liyana yang tengah bersemangat utk belaja drive manual. semua gara gara aku juga yang sebelumnya..aku yang suruh liyana belaja drive manual. dia tau drive auto saja...aku jus cakap blaja juga manual at least or incase klu dlm emergency dia tau..sebab aku tau dia anak tunggal n dia lah tempat utk kak eda meletakkan harapannya satu hari nanti. apepon utk kebaikkan dia juga aku fikirkan. kak eda dgn husband dia telah separate n tidak duduk sekali lg. aku pon drive menuju ke padang seri menanti. exchange disana..dia nampak hepi aku tau dia just bukan saja hepi pasal nak drive..dia aku rase bosan terperap kat rumah je n itu la mase dia nak cari tempat nak smoking..hahaha..aku okay je semua tu. zaman sekarang ni what would u do..u just nasihat jela..but decision sendiri. aku nak nasihat pon aku smoke giler gak n liyan pon tau aku on weed. aku bong depan dia je selambe. dia dah macam adik2 aku hahaha. aku rase dia kat sana lg open utk semua ni sbb roomate dia pon smoking weed gak. jus minum je aku tak..ade ape yg aku nak rahsiakan..aku xminat utk jg hypocrite n no time nk cover2 sgt. better tau then aku susah nak cover2.
Dah berapa round aku tgok jap dah dekat pukul 5 lebih ptg so aku ajak je dia balik but sebelum tu aku ajak dia pegi tgok jeram gunung pasir. aku ni klu ade masa mmg jeram tu la tempat aku suka port lepak or mandi. nature best org pon xramai. jus aku lepak2 je dalam 20 minit aku ajak dia balik sebab kepala aku pon da kosong. sampi kat rumah kek eda dia told me esok dia nak balik singapore..hmm aku tau hati dia xde sgt nk dok lame2 kt kg pasal hal2 n isu2 internal keluarga mereka n aku xley campur urusan mereka. dia mintak aku hantar dia pagi esok..aku jawap ok. then kak eda keluarkan plastik utk amik buat rambutan gading kt depan rumah dia. kebetulan aku pon suka rambutan gading kt rmh pulak xbrpe mjadi. byk rambutan merah.
Aku pon teman kak eda amik buah rambutan aku panjat pokok n makan sambil borak dgn kak eda. aku tgok liyana da tuka baju n keluar ajak aku jalan2 naik motor pulak. sejak sebelom nya dia ajak aku naik motor tp aku xhiraukan. aku tau dia bosan kat rumah n nak jln2 bawak motor. time tu dah agak lewat dah 6.30ptg aku tgok fazil dah siap kuar pergi surau. aku cakap kat liyana if nak naik motor pergi la tanya fazil mtk kunci motor. then fazil cakap kunci kat dalam haha bukan main hepi la si liyana..aku jus tgok je dari atas pokok. then dia bawak motor keluar..aku senyum jela tgok dia blh bawak motor. yang aku igt dlu dia dgn nabila penah aciden depan rumah aku..naik motor la. tp aku xsure nabila ke liyana yg bawak time tu. Aku sebenarnya da siap2 nak balik rumah fon wallet semua ade dlm kete. aku jus nak makan rambutan n then balik nak mandi n bong. disitu laa liyana pusing motor depan aku n ajak aku naik teman dia..aku tgok je dia sambil makan rambutan setangai ade kat tangan aku. aku tgok kak eda n kak eda cakap jln balik lewat2 dah nak maghrib..liyana yg masih lgi tercogok atas motor tggu aku..so aku pon naik la belakang dia dgn pegang setangkai rambutan..motor pon dimasokkan gear satu n melunjur keluar halaman rumah...
No comments:
Post a Comment